
PROJEK
Kami memaparkan projek yang telah dilaksanakan di negara lain demi menjaga alam sekitar.
1. Sustainable Dance Floor, Netherlands

Kalau korang tak pernah dengar sebelum ni, Sustainable Dance Floor adalah lantai yang mampu menukar setiap pergerakan tarian dan hentakan menjadi sumber elektrik. Dihasilkan oleh Daan Roosegaarde dari Netherlands, setiap modul yang diperkenalkan mampu menjana sehingga 25 watt!
Tenaga yang dijana pula akan digunakan untuk menghidupkan lampu dan booth DJ. Menerusi teknologi interaktif ini juga, ia membuka pengalaman baru kepada penari supaya dapat mewujudkan suasana cekap tenaga. Jadi, tiada tenaga elektrik yang dibazirkan lagi selepas ini!
Nak tengok macam mana Sustainable Dance Floor berfungsi? Tengok video ni…
2. Evoware, Indonesia

Jika selama ni korang bungkus makanan guna plastik biodegradable, percaya tak ada pembungkus makanan lagi hebat, sihat malah boleh dimakan. Ya, pembungkus makanan rekaan Evoware dari Indonesia meningkatkan gaya hidup mesra alam dan memberikan nilai inovatif kepada masyarakat bandar.
Menggunakan rumpai laut sebagai bahan utama, ia bakal meninggalkan kesan positif bukan saja pada alam sekitar, tetapi penanam rumpai laut. Untuk pengetahuan korang, produk Evoware boleh disesuaikan, dimakan malah berkhasiat dan tiada bau serta rasa. Hebatnya!

