top of page

NEWS

BERITA ALAM SEKITAR

sana sini

Search

Bernama | Disember 21, 2019 09:39 MYT

Azizan melahirkan rasa terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah di tebing Sungai Repoh dan berharap pihak berwajib segera mengambil tindakan. - Gambar hiasan


KUALA PERLIS: Kuala Perlis, Sungai Santan dan Sungai Repoh adalah antara tempat yang teruk tercemar di Perlis dengan perbuatan membuang sampah sesuka hati oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Azizan Sulaiman.

Beliau berkata ini menunjukkan tahap kesedaran masyarakat di negeri ini terhadap menjaga kebersihan kawasan sekitar termasuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya masih rendah walaupun kemudahan telah disediakan secukupnya.

"Ini kerana masih ada orang yang beranggapan bahawa kerja-kerja pembersihan sampah termasuk pengurusan sisa pepejal adalah tanggungjawab Majlis Perbandaran Kangar (MPK) semata-mata.

"Sikap tidak bertanggungjawab ini perlu segera dikikis bagi mendukung hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih walaupun jumlah sisa pepejal di Perlis adalah rendah berbanding negeri lain iaitu kira-kira 120 tan sehari," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi bersama Rakan Strategik Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Media di sini, Jumaat malam.

Beliau melahirkan rasa terkilan dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sampah di tebing Sungai Repoh dan berharap pihak berwajib segera mengambil tindakan.

"Kawasan itu bukan kawasan kampung, boleh dikatakan kawasan elit bandar Kangar yang menempatkan taman-taman perumahan mewah dan masyarakat berpelajaran, kenapa perkara seperti ini boleh terjadi," katanya.

Katanya bagi mengatasi masalah itu, pelbagai program dirancang kerajaan negeri bersama pihak SWCorp Perlis antaranya menahan individu atau kumpulan yang membuang sampah di merata tempat selain menambah papan tanda larangan membuang sampah yang boleh dikenakan denda atau tindakan di beberapa kawasan tumpuan.

-- BERNAMA

 
 
 

Bernama | Disember 06, 2019 06:24 MYT

UPM berada pada kedudukan kedua di Asia Tenggara dan ketiga di Asia. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) naik empat anak tangga kepada kedudukan 28 terbaik dunia berdasarkan usaha kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar dalam penarafan UI-Greenmatic World University Ranking 2019.


Selain universiti nombor satu negara selama 10 tahun berturut-turut dalam kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar, UPM turut berada dalam lingkungan empat peratus kampus paling lestari dunia. Penarafan Ul-Greenmetric ialah pertama dan satu-satu penarafan yang menilai komitmen setiap universiti dalam membangunkan infrastruktur mesra persekitaran serta inisiatif melestarikan kampus.

Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, dalam kenyataan malam tadi, berkata UPM berada pada kedudukan kedua di Asia Tenggara dan ketiga di Asia.

"Kejayaan ini merupakan usaha seluruh warga UPM yang menjadikan usaha kelestarian alam sebagai amalan serta komitmen peribadi, dan UPM sentiasa membuat penambahbaikan dalam menghasilkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui di dalam kampus.

"Kami memastikan elemen bangunan hijau turut ditampilkan dalam setiap dasar pembangunan dan pengubahsuaian pembinaan dalam universiti dan turut menerapkan isu berkaitan kelestarian alam dalam silibus pengajaran dan pembelajaran dalam kelas," katanya.

Tambah beliau semua entiti di UPM bergerak secara sistematik dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, pemuliharaan air dan program kitar semula.

Ranking UI-Greenmetric menilai usaha melestarikan kampus hijau menggunakan lebih 60 indikator dalam penilaiannya yang merangkumi enam skop utama iaitu keluasan tanah dan infrastruktur (15 peratus), tenaga dan perubahan iklim (21 peratus), sisa buangan (18), air (10), pengangkutan (18) dan pendidikan (18).

Penarafan itu melibatkan 780 universiti dari 85 negara dengan universiti dari benua Amerika dan Eropah mendominasi ranking 20 teratas

-- BERNAMA

 
 
 

Rohana Wahed, Astro Awani | Disember 04, 2019 21:53 MYT



BINTULU: “Ia datang mendekati kapal ini, memang tak mau lari. Memang ia seperti meminta pertolongan. Kita mulanya memanglah macam-macam (dalam) fikiran, takut pun ada. Tapi selepas kita tengok dia makin dekat menghampiri, kita usahakan untuk membuka ikatan tu, kerana ia betul- betul minta pertolongan.”

Demikian luahan Zaidi Suhaili ketika menceritakan pengalamannya bersama enam rakan pemancing menyelamatkan seekor yu paus yang tersangkut tali pada badannya 1 Disember lalu.

Visual berdurasi 1 minit 53 saat itu tular di media sosial selain mendapat ribuan tontonan di seluruh negara.

Kehadiran yu paus menghampiri bot pemancing itu jelas mengambarkan bahawa ia sangat memerlukan pertolongan segera.

Sementara itu, rakannya Adrian Ian mendedahkan keadaan ikan tersebut sangat menyayat hati.

Berdasarkan pemerhatiannya, tali yang melilit bahagian badan yu tersebut mengakibatkan kecederaan yang serius malah ada bahagian tubuhnya yang terkoyak.

“Ini kali ketiga saya jumpa yu semasa memancing. Selalunya ia datang pusing-pusing, ia takkan berhenti, dan akan lari.

“Tapi (kali itu), yu tersebut datang dan selepas itu ia stay (tidak berganjak). Jadi hati (rasa) kuat mahu tolong. Sebab tali jerut sudah masuk (terbenam) dalam badanya. Itu bermakna, sudah lama (ia terseksa),” ujar Adrian.


 
 
 

© 2023 by Make A Change.
Proudly created with Wix.com

bottom of page